| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program "Langkah Kanan" Sempena Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Penjara Seremban, Negeri Sembilan

Pada 14 September 2021 (Selasa), seramai (7) orang banduan telah terpilih untuk mengikuti Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) bagi bulan September 202. Sempena dengan pelepasan tersebut, satu Program  "Langkah Kanan" yang telah dicetuskan oleh Pengarah Penjara Negeri Sembilan telah dilaksanakan dimana pengisian program adalah ceramah yang dihadiri oleh ahli keluarga banduan, majikan serta banduan yang terlibat dalam Pelepasan (PBSL). Sesi ceramah motivasi dikendalikan oleh PPP Wan Saadi bin Yacob, manakala sesi taklimat pegawai  PBSL dilaksanaskan oleh KIP Zazely bin Abdul Mulok. Majlis di meriahkan lagi dengan sesi penyerahan (PBSL) yang disempurnakan oleh PP Zakaria bin Mat Jusoh ,(Timbalan Pengarah Penjara Seremban).