| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bersama Komuniti - Agama & Kaunseling

       

TAKMIR

Program Takmir Masjid dan Surau telah bermula sejak tahun 1985 susulan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia (JKI) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1984 dan berterusan sehingga kini, berperanan untuk memberi kefahaman dan menyebarluaskan ajaran Islam kepada masyarakat bagi melahirkan masyarakat Islam yang bertakwa dan mengamalkan ajaran Islam menurut manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mengimarahkan masjid dan surau sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan Islam.

Setakat ini, peranan Guru Takmir tertumpu kepada pengisian kelas-kelas pengajian di masjid dan surau seluruh Malaysia. Oleh yang demikian bagi mengembang luas dimensi dan peranan Guru Takmir kepada seluruh masyarakat terutamanya melibatkan golongan sasar iaitu banduan, satu mesyuarat khas iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan Program Takmir Masjid dan Surau Seluruh Malaysia Bil. 1/2020 yang bersidang pada 17 November 2020 bersetuju meluluskan cadangan untuk guna sama Guru Takmir di Jabatan Penjara Malaysia yang dikemukakan oleh Bahagian Agama Dan Kaunseling, lbu Pejabat Penjara Malaysia.

OBJEKTIF

  • Membantu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran agama Islam kepada pelbagai kategori banduan di institusi penjara dan program pemulihan dalam komuniti.
  • Membantu Jabatan Penjara Malaysia bagi mengendalikan program pemulihan kepada banduan di institusi penjara dan program pemulihan dalam komuniti.
  • Menyebar tuas dimensi dan sudut pandang peranan serta fungsi Guru Takmir kepada golongan sasar.
  • Meningkatkan potensi dan kemahiran Guru Takmir JAKIM melalui perkongsian ilmu dan pengataman mengajar bersama komuniti luar.
  • Memaksimakan penglibatkan komuniti dan mewujudkan kepelbagaian bentuk program pemulihan kepada banduan dengan penglibatan pelbagai pihak khususnya dari Guru Takmir.
    Mengurangkan beban pegawai Kader JAKIM dan Pembantu Guru Agama Islam (PGA) di institusi penjara dan program pemulihan dalam komuniti.
  • Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta membuka minda Guru Takmir untuk menerima banduan sebagai sebahagian ahli masyarakat.

KRITERIA GURU TAKMIR

SYARAT-SYARAT MENGADAKAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengarah Penjara Negeri hendaklah memastikan:

Guru Takmir tidak membawa masuk atau membawa keluar artikel larangan ke dalam penjara/RP/PRP/PPD/PRPl atau dari dalam penjara/ RP/PRP/PPD/PRPl.Tafsiran artikel larangan yang termaktub dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara Bil. E 309 Maksud Artikel Larangan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Akta Penjara 1995.

Guru Takmir hendaklah membenarkan pemeriksaan fizikal atau secara elektronik oleh pegawai penjara semasa masuk dan keluar.

Memastikan kandungan pengajaran yang hendak disampaikan hendaklah hanya berkaitan dengan bidang yang diluluskan iaitu kegamaan.

Memastikan kandungan pengajaran yang disampaikan tidak menyentuh kesucian agama Iain atau sentiviti perkauman atau dasar - dasar kerajaan atau isu - isu politik atau bersifat anti kerajaan atau apa - apa kandungan ceramah yang boleh menjejaskan keselamatan penjara.

Kandungan pengajaran mestilah berpandu kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dari segi aqidah, syariah dan akhlak. Penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan ASWJ adalah dilarang samada melalui penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya dengan apa-apa cara yang lain yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan ASWJ.

Guru Takmir hendaklah mengelak daripada membincangkan perkara khilafiyyah yang boleh mengelirukan banduan/Orang Diparol (ODP)/Orang Diselia (ODS)/Orang Bebas Berlesen (OBB)/pesalah dan menggugat perpaduan umat Islam.

Memastikan hanya Guru Takmir lelaki dibenarkan mengadakan kelas k epada banduan lelaki di blok penempatan penjara lelaki begitu juga sebaliknya bagi Guru Takmir wanita kecuali mendapat kelulusan Pengarah, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Memastikan Guru Takmir tidak membuat apa-apa jua bentuk hubungan yang tidak berkaitan dengan mana-mana banduan/ODP/ODS/OBB/pesalah sama ada dalam bentuk percakapan, bahasa isyarat atau secara bertulis atau bentuk - bentuk komunikasi lain yang boleh ditafsirkan sebagai hubungan yang tidak berkaitan dengan banduan.

Mengajar dengan penuh ikhlas dan kesungguhan dengan meletakkan kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi.

Guru Takmir hendaklah sentiasa mematuhi waktu bertugas yang telah ditetapkan.

Memastikan Guru Takmir sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan pengurusan Penjara/ RP/PRP/PPD/PRPI.

Memastikan Guru Takmir mengikuti silibus yang telah ditetapkan dengan menyediakan pelan pembelajaran sebelum sesi pengajaran dijalankan. Senarai bahan rujukan adalah seperti di Lampiran C.

JADUAL KELAS

Pelaksanaan kelas bagi aktiviti pembelajaran di institusi penjara adalah seperti berikut:

Waktu pembelajaran bagi institusi penjara bermula 09.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari pada waktu bekerja.

Waktu pembelajaran bagi pemulihan dalam komuniti bermula 09.00 pagi hingga 1200 tengahari pada hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu/Sabtu dan Ahad.

Pengarah Penjara Negeri hendaklah mengemukakan jadual kelas dengan menentukan tempoh jam pembelajaran kepada pihak pengurusan takmir negeri masing-masing bagi tujuan penyelarasan.
Contoh Jadual Kelas adalah seperti di Lampiran D.

Pengarah Penjara Negeri/Pegawai Yang Menjaga boleh dengan budi bicaranya untuk menunda atau membatalkan kelas yang dijadualkan pada hari-hari kelepasan mingguan atau cuti umum atas sebab keselamatan setelah mengambil kira aspek pengiringan dan kawalan keselamatan.

Kelas yang dilaksanakan di luar waktu tersebut tidak dibenarkan sama sekali kecuali mendapat kelulusan khas daripada Pengarah, Bahagian Agama Dan Kaunseling, lbu Pejabat Penjara Malaysia.

KESELAMATAN GURU TAKMIR

Pengarah Penjara Negeri/Pegawai Yang Menjaga pada setiap masa hendaklah memastikan Guru Takmir sentiasa berada dalam pengawasan dan kawalan yang selamat dengan mengambil tindakan-tindakan berikut:

Mengatur seorang atau lebih pegawai penjara mengikut kesesuaian dengan bilangan dan kategori banduan/ ODP/ODS/OBB/pesalah yang mengikuti kelas.

Mengatur pegawai-pegawai penjara lain untuk mengawasi dan memastikan kawalan keselamatan yang secukupnya terhadap banduan/ ODP/ODS/OBB/pesalah yang mengikuti kelas.

Memastikan Guru Takmir masuk ke kelas setelah banduan/ ODP/ODS/OBB/pesalah mengambil tempat masing - masing di tempat yang telah ditetapkan.

Memastikan Guru Takmir keluar terlebih dahulu setelah selesai kelas sebelum membenarkan banduan/ ODP/ODS/OBB/pesalah yang menghadiri kelas diiringi keluar dari tempat di mana ketas diadakan.

Memastikan jumlah dan senarai nama Guru Takmir yang terlibat hendaklah yang dikeluarkan dan ditetapkan Oleh Seksyen Agama, Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Penjara Malaysia kepada Pejabat Penjara Negeri dan institusi penjara.

Guru Takmir yang terlibat serta peralatan yang dibawa boleh diperiksa semasa masuk dan keluar dari penjara/RP/PRP/PPD/PRPl. Mana-mana Guru Takmir yang didapati membawa masuk atau membawa keluar barang larangan atau barang yang tidak mendapat kelulusan boleh tidak dibenarkan masuk ke penjara/RP/PRP/PPD/PRPl.

Guru Takmir adalah tertakluk kepada arahan dan tatacara kawalan yang ditetapkan oleh pengurusan penjara/RP/PRP/PPD/PRPI terlibat sepanjang tempoh berada di penjara/RP/PRP/PPD/PRPl berkenaan. Seseorang guru takmir hendaklah diiring kawal semasa masuk ke penjara/RP/PRP/PPD/PRPl oleh seorang pegawai penjara sekurangkurangnya berpangkat Wadar Penjara. Pegawai penjara berkenaan
hendaklah dalam pemerhatiannya sepanjang tempoh guru takmir tesebut menjalankan tugas . Guru takmir tidak boleh bergerak ke mana-mana bahagian penjara/ RP/PRP/PPD/PRPI tanpa kawalan dan kebenaran pegawai penjara yang bertugas.

Pergerakan Guru Takmir di kawasan penjara adalah dihadkan hanya untuk kawasan yang melibatkan pembelajaran kepada banduan/ ODP/ODS/OBB/pesalah sahaja, tidak melibatkan blok penempatan banduan atau kawasan Iain yang tidak dibenarkan. Sebarang pergerakan ke lokasi-lokasi berkenaan perlu dalam pengetahuan pihak penjara/ Rp/pRpl'ppD/pRpl.

Dilarang menyebar dan merakam percakapan dengan menggunakan alat perakam, imej banduan/ODP/ODS/OBB/pesalah dan struktur fizikal penjara/ RP/PRP/PPD/PRPI menggunakan apa-apa jua perkakas fotografi atau apa-apa lakaran berkaitan penjara/RP/PRP/PPD/PRPl, banduan/ ODP/ODS/OBB/pesalah atau pegawai penjara sama ada di dalam kawasan penjara/RP/PRP/PPD/PRPI atau luar kawasan penjara/RP/PRP/PPD/PRPl tanpa kebenaran.

Banduan/ODP/ODS/OBB/pesalah yang terlibat dalam sesi bersama Guru Takmir tidak dibenarkan menggunakan nama dan kad pengenalan sebenar, memadai dengan menggunakan nombor Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah (SMPP) sahaja.

Sebarang kemudahan dan penggunaan peralatan pejabat untuk kegunaan Guru Takmir adalah bergantung kepada kelulusan pihak Pejabat Penjara Negeri/institusi penjara berkenaan.

KAEDAH BAYARAN ELAUN

Bayaran elaun Guru Takmir diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diselaraskan metalui Jabatan Agama Islam Negeri/pihak pengurusan takmir negeri masing-masing. Pegawai berpangkat Inspektor Penjara Gred KA 29 ke atas atau Pegawai Hal Ehwal Islam (Kader JAKIM) Gred S29 ke atas hendaklah mengesahkan dokumen kehadiran yang dikemukakan oleh Guru Takmir berkenaan pada setiap sesi kelas.

Bagi kes penangguhan atau pembatalan kelas setelah kehadiran Guru Takmir ke penjara/RP/PRP/PPD/PRPl kerana didapati keadaan keselamatan tidak mengizinkan kelas tersebut untuk diteruskan, Pengarah Penjara Negeri/Pegawai Yang Menjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak pengurusan takmir negeri masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

Inspektor Penjara Gred KA 29 ke atas atau Pegawai Hal Ehwal Islam (Kader JAKIM) Gred S29 ke atas hendaklah mengesahkan catatan sebab penangguhan atau pembatalan kelas di dalam Buku Ringkasan Mengajar.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Takmir & Bahagian Agama & Kaunseling, sila hubungi 03-87328000 samb.8065 atau Emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.