Pada 26 Ogos 2019, Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan telah disempurnakan oleh PKP Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar , Pengarah Penjara Sungai Petani bersama PP Abd Zaini bin Ibrahim dan TPP Zaini bin Ahmad. Simbolik kepada kempen Jalur Gemilang ini, PKP Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar memasangkan Jalur Gemilang di kenderaan Jabatan dan kenderaan kakitangan Penjara Sungai Petani. Semoga Kempen Kibarkan Jalur Gemilang ini akan terus disemarakkan di setiap kakitangan penjara bagi memanifestasikan ungkapan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini.