Pada 20.03.2018 ( Selasa ) Unit Agama Penjara Sungai Udang, Melaka dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan penentuan dan pengesahan arah kiblat semula di seluruh blok penempatan banduan, pejabat pentadbiran, pejabat pemulihan, pejabat keselamatan dan bengkel-bengkel yang mempunyai bilik atau ruang sembahyang. Penentuan ini adalah bertujuan menetukan arah kiblat yang lebih tepat dan ianya pertama kali disemak semula selepas pembukaan Penjara Sungai Udang, Melaka pada tahun 2010.
""