Pada 13 Jun 2017 (Selasa), Unit PPI telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu bertempat di Surau Nur Hikmah Penghuni, Penjara Pusat Kota Kinabalu bermula pada jam 04.00 petang yang dihadiri seramai 100 orang penghuni. Program dimulakan dengan khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Razali Bin Jacsoan yang melibatkan penyertaan seramai 25 orang penghuni terpilih. Tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Ku Muhamad Haris Bin Ku Zakaria daripada Penjara Pusat Kota Kinabalu. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Pegawai-Pegawai Kanan, kakitangan dan seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan tazkirah, imam dan bilal tarawih, khutbah serta azan. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan Tarawih serta moreh.
""