10 Julai 2017 - Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Tapah, Perak diantara TKP Shukri Bin Saad dengan TKP Kamarudzaman Bin Hj Mamat telah diadakan di Dewan Budiman, Penjara Tapah. Majlis diserikan dengan kehadiran TKP Tan Tian Heng Pengarah Pejabat Penjara Negeri Perak sebagai saksi bagi majlis tersebut. Aturcara majlis dimulakan dengan Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa kepada TKP Kamarudzaman Bin Hj Mamat. Pada majlis ini, TKP Shukri Bin Saad telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa beliau menerajui kepimpinan di Penjara Tapah, Perak.
Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas diakhiri dengan ucapan daripada TKP Kamarudzaman Bin Hj Mamat, selaku Pengarah Pengarah Penjara Tapah, Perak yang baharu. Dalam ucapan tersebut, beberapa perkara telah diberikan penekanan dimana untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang, semua anggota perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih produktif, berintegriti dan berwawasan bagi mencapai KPI institusi.
"" Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas diakhiri dengan ucapan daripada TKP Kamarudzaman Bin Hj Mamat, selaku Pengarah Pengarah Penjara Tapah, Perak yang baharu. Dalam ucapan tersebut, beberapa perkara telah diberikan penekanan dimana untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang, semua anggota perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih produktif, berintegriti dan berwawasan bagi mencapai KPI institusi.