Pada 6 Januari 2017 (Jumaat), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Tanda Kasih sempena meraikan kenaikan pangkat dan pertukaran TPP Abdul Halim bin Musa Brahim ke Penjara Puncak Borneo bertempat di Penview Inn Hotel,Kuching. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir, PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan seramai 50 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak.
""