Pada 20 hingga 22 Januari 2017, Penjara Pusat Sibu selaku tuan rumah telah menganjurkan Kejohanan Badminton peringkat Penjara Negeri Sarawak 2017 bertempat di Dewan Badminton Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan Majlis Penutupan disempurnakan oleh PKP Bismillah bin Abang Masra Pengarah Penjara Pusat Sibu. Kejohanan pada kali ini disertai oleh 7 buah institusi penjara seluruh negeri Sarawak. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan :-
Kategori Berpasukan
1. Juara = Penjara Limbang
2. N.Juara = Penjara Pusat Sibu
Kategori Perseorangan Terbuka
1. Juara = KPL Razik bin Sarbini (Penjara Limbang)
2. N.Juara = WP Mohd Shahrin bin Norhisham (Penjara Koreksional Bintulu)
3. Ketiga = SP Ramzi bin Sabki (Penjara Pusat Miri)
Kategori Terbuka VIP (Gred 29 ke atas)
1. Juara = KIP Estil Anak Ningkan & IP Mohd Khalil bin Bujang (Penjara Pusat Miri)
2. N.Juara = TPP Calestine Jubang & IP Sabestian (Pusat Koreksional Bintulu)
3. Ketiga = PP Achon Ak Tadeng & IP Abd Rahim (Pej Pengarah Negeri Sarawak)
Kategori Terbuka Veteran
1. Juara = PKP Bismillah bin Abg Masra / KPL Anthony Kasim (Penjara Pusat Sibu)
2. N.Juara = TPP Tze Khee Shoon / SM Bujang bin Dawi (Penjara Limbang)
3. Ketiga = TPP Azhar bin Hasan / SI Safuani bin Bujang (Pusat Koreksional Bintulu)
Kategori Regu Terbuka
1. Juara = KPL Madzlan / KPL Abg Zaidi (Penjara Puncak Borneo)
2. N.Juara = KPL Zamawi / KPL Beruin (Pusat Koreksional Bintulu)
3. Ketiga = KPL Borhan / KPL Steve (Penjara Pusat Miri)