| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Perak Darul Ridzuan Ke Penjara Tapah, Perak

Pada 16 Februari 2017 (Khamis), Penjara Tapah, Perak telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Kehakiman Syariah Perak Darul Ridzuan. Lawatan tersebut melibatkan seramai 34 orang kakitangan terdiri daripada hakim-hakim, Ketua-ketua Pendaftar, Pegawai SULH dan diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak iaitu Yang Amat Arif Dato? Haji Asa?ari Bin Haji Mohd Yazid. Program lawatan yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan taklimat berkaitan perlaksanaan hukuman sebat rotan bagi kes-kes syariah yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Tapah iaitu TKP Shukri Bin Saad. Selain itu, para pelawat juga dibawa melawat ke Bengkel Roti Penjara Tapah.


""