Pada 11 Ogos 2017 (Jumaat), Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Bersama Encik Abang Shith bin Abang Haji Joss, Penolong Pegawai Tadbir N27 telah diadakan bertempat di Serapi Conner, Kuching. Majlis tersebut diadakan bagi menghargai jasa dan perkhidmatan beliau di Jabatan Penjara Malaysia khususnya di Pejabat Parol & Perkhidmatan Negeri Sarawak dan Pejabat Pengarah Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Beliau telah bersara wajib pada 29 Julai 2017. Majlis telah disempurnakan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Pegawai serta kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh Puan Aemy Zarina binti Haji Badrin, Pengerusi PERSIAP Penjara Negeri Sarawak.
""