13 Ogos 2017 ? Penjara Sandakan telah menganjurkan Sukaneka Merdeka KEMAS Penjara Sandakan. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dihormati PKP Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan. Antara acara dipertandingkan adalah acara rumah sukan (hiasan khemah), perbarisan mengikut rumah, sukaneka acara kanak-kanak tadika dan sukaneka acara ibubapa.sempena meraikan kemerdekaan bagi tahun 2017. Objektif program adalah untuk melahirkan kanak-kanak tadika yang cergas dan cerdas di samping memupuk semangat kesukanan antara anak-anak kemas dan ibubapa. Seramai 80 orang pelajar serta 160 orang terdiri daripada Ibubapa, guru dan ahli keluarga terlibat dalam menjayakan program tersebut.
""