| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Ke Atas Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Morshidi Bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

Pada 27 Mac 2017 (Isnin) jam 4.30 petang, Kunjungan Hormat ke atas Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah diadakan bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Yang Berbahagia Komisioner Penjara Jamaludin bin Saad, Pengarah Keselamatan dan Inteligen, Ibu Pejabat Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir Timbalan Komisioner Penjara Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Penolong Kanan Komisioner Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan Penolong Kanan Komisioner Adnan bin Atan, Ketua Institusi Penjara Sarawak. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk menyampaikan keadaan situasi keselamatan penjara di Negeri Sarawak.


""