Pada 3 April dan 4 April 2017 (Isnin hingga Selasa), telah berlangsung Kursus Pengurusan Tanaman Pisang-Herba yang dianjurkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia di Pusat Koreksional Jasin Melaka. Kursus bertujuan sebagai ilmu pengurusan kepada Pegawai dan Kakitangan yang terlibat serta pembelajaran dilakukan kepada (20) Penghuni Kemahiran Luar Sekolah Henry Gurney Jasin Melaka. Tenaga pengajar terdiri daripada Professor Madya Dr. Hawa Bt Jaafar, Pengarah UCTC serta (6) pegawai iringan daripada Universiti Putra Malaysia.
Peserta kursus berpeluang mempelajari ilmu pengurusan tanaman pisang dan herba melalui sesi pembelajaran didalam kelas di Blok Damai dan sesi amali di Kebun Projek Tanaman Pisang Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Sesi pemberian sijil kepada pegawai dan penghuni telah dilakukan pada 6 April 2017 (Khamis) yang juga dihadiri oleh PKP Arzaee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin Melaka.
"" Peserta kursus berpeluang mempelajari ilmu pengurusan tanaman pisang dan herba melalui sesi pembelajaran didalam kelas di Blok Damai dan sesi amali di Kebun Projek Tanaman Pisang Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Sesi pemberian sijil kepada pegawai dan penghuni telah dilakukan pada 6 April 2017 (Khamis) yang juga dihadiri oleh PKP Arzaee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin Melaka.