Bertempat di perkarangan Kuarters Kakitangan Blok A dan G telah diadakan Majlis Perasmian Pusat Gimnasium My Gym dan Pusat Muaythai Raja Merah Penjara Sungai Udang, Melaka pada 15.11.2016 (Selasa). Perasmian pusat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Turut hadir PKK Wan Umar bin Wan Abdullah, Timbalan Pengarah serta kakitangan. Pusat ini dibuka setiap hari untuk kemudahan kepada anggota serta kakitangan Penjara Sungai Udang, Melaka untuk beriadah dan ianya secara tidak langsung dapat menggalakkan anggota untuk bersukan dan menjaga kesihatan.
""