| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke 226 Peringkat Institusi Penjara Seremban Tahun 2016

24.02.2016 - Penjara Seremban telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Ke 226, peringkat institusi yang diadakan di Dewan Wawasan, Penjara Seremban, Negeri Sembilan. Majlis telah dirasmikan oleh PKK Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Turut hadir  PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban, PKP Mohd Andri bin Md. Ridzwan, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, TPP Wan Rosli bin Wan Dollah, PYM PPP Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Pn. Jamilah @ Chumila binti Katis, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam, Tn. Ismail bin Ahmad Khairi, Pengarah AADK, Tn. Razali bin Ahmad, Pengarah RELA dan anggota EXPOAM, Negeri Sembilan. Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan Bakti Setia, pemakaian pangkat Koperal TBBK dan pingat serta penyampaian sijil penghargaan yang telah disempurnakan oleh PKK Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Antara pengisian program sempena sambutan Hari Penjara Kali Ke 226 adalah acara senamrobik, Explorace yang diadakan pada sebelah petang dan diakhiri dengan jamuan makan malam bersama keluarga.


""