| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-226 Pusat Koreksional Puncak Alam

Puncak Alam - 23 Februari 2016 (Rabu), telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-226 peringkat institusi yang telah disempurnakan oleh Penolong Komisioner Penjara, Zulia Bte Khamis @ Ahmad Kamil, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam. Majlis telah dimulakan dengan penyampaian pingat dan sijil penghargaan kepada penerima yang terdiri daripada pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam. Majlis diteruskan dengan Penolong Komisioner Penjara, Zulia Bte Khamis @ Ahmad Kamil membacakan Perutusan Hari Penjara Ke-226 Komisioner Jeneral Penjara, YBhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar.

Selain itu turut diadakan ceramah kesihatan mengenai obesiti dari kakitangan Klinik Kesihatan, Kuala Selangor dan ceramah kesihatan mental dari kakitangan Hospital Sg. Buloh. Pada sebelah petang pula diadakan acara gotong royong membersihkan kawasan sekitar surau, berek bujang dan kuarters kakitangan.


""