Minggu Sukan ODS Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Mahkota Kluang
Pada 23 Mei 2016 (Isnin) Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Mahkota Kluang , Johor telah mengadakan Program Minggu Sukan ODS Peringkat PPP Kem Mahkota Kluang, Johor bagi tahun 2016 yang disertai seramai 231 ODS berbilang bangsa. Turut hadir pada program tersebut adalah Brigadier Jeneral Mohd Hassan bin Loman, Panglima 7 Briged Kem Mahkota, Kluang, Johor dan PKK Raha bt Jawahir, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor. Program ini telah dikendalikan bersama dengan Pembantu Wadar di kalangan anggota Angkatan Tentera. Antara sukan yang dipertandingkan adalah sepak takraw, pentanque, bola tampar, catur, karom, tembak rusa, ping pong, boling kelapa dan sukaneka. Program ini telah disajikan dengan persembahan kawad senyap oleh 33 ODS di bawah bimbingan Pembantu Wadar. Komandan PPP Kem Mahkota Kluang, PPP Ibarahim bin Jaafar, dalam ucapannya memaklumkan program minggu sukan ODS ini diadakan bertujuan memupuk semangat muhibbah diantara ODS melalui sukan dan mengurangkan tekanan kepada ODS dengan aktiviti sukan. Beliau berharap dengan penganjuran sukan ini dapat memberi sokongan terhadap proses pemulihan ODS.