Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sibu, Sarawak
Pada 16 Jun 2016 (Khamis), bertempat di Dataran Zon Damai, Penjara Pusat Sibu, Sarawak telah berlangsungnya Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sibu bersama Pengarah dan kakitangan. Seramai 40 orang penghuni telah dipilih menyertai program tersebut. Majlis ini juga turut dihadiri Residen Bahagian Sibu dan wakil agensi kerajaan serta media dan kakitangan penjara yang beragama Islam dan bukan Islam. Antara pengisian sebelum berbuka puasa ialah bacaan Al-Quran oleh penghuni, ucapan PKP Bismillah Abang Masra, Pengarah Penjara Sibu dan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Dahlan bin Daut dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Unit Sibu. Selepas berbuka puasa majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah bacaan yaasin dan tahlil, solat Isyak berjemaah, solat Tarawih serta Witir dan diakhiri dengan jamuan moreh.