16 Disember 2015 : Yayasan Nur Karangkraf Malaysia, sebuah badan NGO di bawah Kumpulan Media Karangkraf Malaysia telah menyerahkan sebanyak 2,000 naskah bahan bacaan berbentuk buku motivasi, buku ilmiah dan novel untuk penghuni. Sumbangan tersebut telah di terima secara rasmi oleh TPP Mohd Faizal Bin Jidin mewakili Pengarah Penjara Pra Bebas, Dusun Dato? Murad. Aturcara dimulakan dengan lawatan ke sekitar kawasan agro, penyerahan bahan bacaan, jamuan makan, penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan sesi bergambar.
""