Lawatan Daripada Penjara Maraburong, Negara Brunei Darussalam ke Penjara Pusat Miri, Sarawak
Seramai (30) orang pegawai dan kakitangan Penjara Maraburong, Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan ke Penjara Pusat Miri pada 11-12 Februari 2016 yang diketuai oleh Pegawai Yang Menjaga Penjara Maraburong, Pengiran Haji Mohammad Bahrin bin Pengiran Haji Jamaludin. Antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sempena lawatan tersebut adalah perlawanan persahabatan badminton dan futsal pada petang 11 Februari 2016 manakala lawatan ke kawasan Penjara Pusat Miri telah diadakan pada 12 Februari 2016 jam 8.30 pagi. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mempelajari sistem kepenjaraan institusi lain bagi meningkatkan kecemerlangan diri dan organisasi melalui percambahan minda serta pengkongsian maklumat. Di samping itu juga, lawatan tersebut telah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan pegawai dan kakitangan di antara kedua-dua institusi.