Sebagai penutup bagi tahun 2016, Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Disember, penjenamaan semula blok penempatan penghuni dan majlis perlancaran EKSA yang dirasmikan oleh PKP Faisal Bin Mohamed Noor. Semua aktiviti ini dijalankan serentak pada 5 Disember 2016 (Isnin) bermula pada jam 7.00 pagi. Turut diadakan majlis pemakaian pangkat kepada kakitangan berpangkat Inspektor KA29 yang telah disahkan jawatan dan beberapa pegawai rendah yang telah dinaikkan pangkat TBBK KA17 kepada KA20.
""