Program Perjalanan Terakhir anjuran Kolej Mawar UiTM Shah Alam & Pusat Koreksional Puncak Alam
Pada 31 Mac 2016 (Khamis), Pusat Koreksional Puncak Alam telah menyertai program Perjalanan Terakhir anjuran Kolej Mawar Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Program bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada warga Kolej Mawar tentang fungsi dan peranan Jabatan Penjara Malaysia serta program-program yang dijalankan ke atas penghuni penjara. Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Staf Residen Kolej, Puan Nurul Huda bin Roslan dan Penasihat Program, En Firdaus Bin Mohamad serta Staf Residen Kolej, En Hamdani Bin Abu Bakar, Puan Mona Anita Binti Fauzi dan Puan Rohayu Binti Ruwati. KIP Mohd Azizul Bin Yop Ahmad dijemput sebagai penceramah dan turut disertakan bahan pameran berkenaan Jabatan Penjara Malaysia. Program mendapat sambutan yang sangat menggalakan dan dihadiri seramai lebih 700 orang warga Kolej Mawar.