Pada 15 September 2015 (Selasa), bertempat di Penjara Puncak Borneo telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Puncak Borneo diantara PP Nazri bin Mohamad yang mewakili PKP Mohamad Rosidek bin Musa dengan PKP Walace ak Nawon. Majlis tersebut telah disaksikan oleh TKP Ajidin bin Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. PKP Mohamad Rosidek bin Musa akan berpindah dan dilantik sebagai Timbalan Pengarah di Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak berkuatkuasa 15 September 2015.
""