| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Ko-Akademik, Kebudayaan Dan Rekacipta Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney Zon Borneo 2015

Pada 01 Oktober 2015 (Khamis) yang lalu, Sekolah Integriti Kota Kinabalu telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Ko-akademik, Kebudayaan dan Rekacipta Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Zon Borneo 2015. Pertandingan yang julung kalinya diadakan bagi Zon Borneo ini telah dirasmikan oleh Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Sebanyak tiga buah sekolah mengambil bahagian iaitu Sekolah Integriti Kota Kinabalu, Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu dan Sekolah Henry Gurney Keningau. Antara acara yang dipertandingkan ialah Pidato Bahasa Melayu, Pidato Bahasa Inggeris, Tarian Kebudayaan, Rekacipta, Melukis dan Drama Teater. Juara keseluruhan disandang oleh Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu dan diikuti oleh Sekolah Integriti Kota Kinabalu di tempat kedua dan Sekolah Henry Gurney Keningau di tempat ketiga. Dengan adanya program ini, para pelajar di sekolah dalam penjara dapat mengambil bahagian dan dapat meningkatkan lagi jati diri seterusnya menjadikan pendidikan di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney setanding dengan sekolah arus perdana.

 

""