Pada 14.10.2015( Rabu) seramai 16 orang anggota Penjara Puncak Borneo telah sekali lagi melakukan kayuhan dari Penjara Puncak Borneo ke Lundu. Kayuhan pada tahun ini juga turut disertai oleh 2 orang anggota dari Pejabat Parol Daerah Kuching.Kayuhan telah dimulakan seawal jam 6.00 pagi di mana laluan yang dipilih pada tahun ini adalah berbeza dengan laluan pada tahun lalu. Perjalanan ke Pekan Bau melalui Jalan Puncak Borneo yang mempunyai struktur 60 % pendakian bukit tidak langsung menjadi halangan kepada semua peserta. Objektif kayuhan ini adalah untuk membentuk semangat kerjasama berpasukan di sepanjang laluan sejauh 96 kilometer. Kayuhan ini telah berjaya ditamatkan di pekan Lundu pada jam 1.00 petang.
""