KLUANG, 12 OKT. ? Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Mahkota dengan kerjasama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara telah menganjurkan Program Aspirasi ODS dan Keluarga yang bertempat di Dewan Mahkota, Kem Mahkota Kluang Johor.
LPPKN menggunakan pelbagai pendekatan kaunseling sebagai pengisian kepada program ODS ini, antaranya kaunseling individu, kaunseling keluarga, kaunseling kelompok, bimbingan kelompok interaktif, bengkel, lawatan ke rumah, dan program motivasi. Setiap pengisian dikendalikan oleh Kaunselor profesional dan berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia.
Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato? Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Turut hadir ialah Komisioner Penjara Haji Abdul Wahab Bin Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor, Timbalan Komisioner Penjara Dato? Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Kolonel Roslan Bin A Rahman, Timbalan Panglima 7 Briged Kem Mahkota Kluang serta KIP Baharin Bin Md Jadi, Komandan PPP Kem Mahkota Kluang.
""