| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Institusi Penjara Seremban, Negeri Sembilan

Pada 10.10.2015 (Sabtu) Penjara Seremban telah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Institusi Penjara Negeri Sembilan. Sambutan telah diadakan dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pada sesi pagi, sambutan tersebut telah diadakan di Padang Kawad Penjara Seremban yang telah dirasmikan oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin selaku Pengarah Penjara Seremban. Kehadiran amat menggalakkan daripada kakitangan dan keluarga iaitu lebih kurang seramai 80 orang. Acara dimulakan dengan ucapan Pengarah Penjara Seremban seterusnya diikuti dengan senamrobik dan �Fun Walk� di sekitar Kuarters Penjara. Acara bermula jam 7.00 pagi dan berakhir jam lebih kurang 9.30 pagi. Bagi sesi petang pula, diadakan acara futsal bagi merebut Piala Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Acara tersebut telah dirasmikan oleh PKK Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Acara bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 6.30 petang. Acara tersebut telah dimenangi oleh pasukan dari Penjara Seremban.

 

""