Pada 13 Oktober 2015 (Selasa) telah diadakan Karnival Sukan Peringkat Penghuni Penjara Miri. Antara sukan yang dipertandingkan ialah Ping Pong, Futsal, Carrom, Catur Inggeris dan sukaneka. Majlis Penutupan Karnival Sukan Peringkat Penghuni Penjara Miri adalah merupakan kemuncak karnival dan telah berlangsung pada 22 Oktober 2015 (Khamis) telah dilakukan oleh PP Tuan Muhammad Khalid Bin Muhammad, Timbalan Pengarah Penjara Miri dan turut dihadiri oleh TPP Tuan Mohamad Khairul Farmizi Bin Mohd Asri. Pada majlis tersebut telah diadakan pertandingan akhir karaoke dan pertandingan bina badan di kalangan penghuni. Karnival sukan ini adalah merupakan aktiviti tahunan Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Miri. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada penghuni yang berjaya.
""