Pada 15 November 2015 (Ahad), Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas telah menerima lawatan kerja YBhg Jeneral Tan Sri Datuk Sri (Dr.) Zulkifeli Bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Lawatan turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Komisioner Jeneral Penjara Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia ,YBhg Timbalan Komisioner Penjara Dato? Hj Abdul Aziz Bin Abdul Razak Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysi, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Majlis dimulakan dengan taklimat pengurusan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan oleh TPP Wan Rosli Bin Dollah, Pegawai Yang Menjaga Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin,Gemas Negeri Sembilan serta lawatan ke tapak Agrikultur dan Akuakultur seperti tapak penternakan ikan keli, ladang ternakan ayam kampung dan ladang nanas.
""