16 Mei 2015 (Sabtu) - Bertempat di Auditorium Sri Sarawak, Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak telah berlangsung Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara, Pingat Ketua Pengarah Penjara Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institusi Penjara Zon Sarawak Tahun 2014 yang disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Majlis turut dihadiri YBhg KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara, KPj Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) dan KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif b. Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan. Turut hadir bersama ialah TKPj Abd Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan Pengarah-pengarah institusi Penjara Sarawak. Seramai 43 orang penerima Pingat Kedaulatan Negara, 15 orang penerima Pingat Ketua Pengarah Penjara (Kelas Dua) dan 80 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2014 telah disampaikan pada majlis tersebut.
""