Pada 19 Mac 2015 telah berlangsungnya Perbarisan sempena sambutan Hari Penjara ke-225 peringkat Institusi Penjara Pusat Sibu yang diadakan di Padang Futsal, Kuarters Penjara Pusat Sibu. 'Peneraju Perkhidmatan Korektif' menjadi tema sambutan pada kali ini bagi menzahirkan kepada masyarakat bahawa Jabatan Penjara Malaysia sentiasa optimis dalam menjayakan agenda pemulihan agar setiap insan yang menjalani hukuman di dalam penjara mahupun di luar tembok penjara mendapat didikan yang sempurna dan berubah ke arah kehidupan yang lebih baik apabila dibebaskan kelak. Pada majlis tersebut, seramai (32) orang pegawai telah menerima Pingat Perkhidmatan Am yang telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu, PP Mohamad Jusoh Bin Ismail. Kempen Derma Darah turut diadakan di mana seramai (35) orang pegawai serta kakitangan awam terlibat. Selain itu turut diadakan aktiviti sukaneka pada sebelah petang manakala program bacaan Yasin,Tahlil dan Solat Hajat serta Doa Selamat diadakan di Surau Darul Ibadah, Penjara Pusat Sibu.
""