18 Mac 2015 ( Rabu ) - Bertempat di Dewan Seroja, Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah Perdana Peringkat Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Kursus ini melibatkan seramai 51 orang penghuni lelaki dan wanita beserta 40 orang kakitangan institusi. Kursus ini dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Melaka melalui Badan Sukarelawan Al-Taqwa ( BSAT ).
Objektif kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai tatacara penyempurnaan Fardu Kifayah tersebut bermula dari teori, cara memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Rosli Bin Rahman dan Ustazah Faridah Binti Bahari. Majlis turut diserikan dengan kehadiran PKP Lim Kim Mooi, Pengarah, Sekolah Henry Gurney dan PP Mohd Rothman Bin Bujang, Timbalan Pengarah, Sekolah Henry Gurney. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Muhamad Dino Bin Haji Md Delan, Ketua Unit, BSAT.
""