7 Januari 2015 (Selasa ) - Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo telah diadakan di Auditorium Sri Sarawak, Ibu Pejabat Penjara Sarawak dengan kehadiran seramai 60 pegawai yang terdiri dari pegawai kanan dan lain-lain pangkat. Perhimpunan itu turut diselitkan dengan pemakaian pangkat kepada Inspektor Rubis Anak Niset dan Inspektor Awang Indra Bin Awang Abdul Wahab. Pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh TKPj Abd. Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak diringi oleh PKP Fathi Bin Mursidi, Pengarah Penjara Puncak Borneo dan PP Walace Anak Nawon, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak.
""