| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau Sabah

KENINGAU - Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau Sabah di antara PKP Mohamad bin Ismail  dengan PKP Johari bin Md. Yatim  pada 12 Septem,ber 2014.


Majlis diserikan dengan kehadiran TKPj. Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah sebagai saksi bagi upacara serah terima tugas tersebut.


Majlis yang bersejarah ini telah dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Suku oleh PKP Mohamad bin Ismail  diikuti  Majlis menandatangani dokumen serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa kepada PKP Johari bin Md. Yatim.


PKP Mohamad bin Ismail yang akan  melanjutkan pelajaran di UMS Kota Kinabalu bermula September 2014  merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa beliau bertugas di Sekolah Henry Gurney Keningau.


Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas diakhiri dengan Pemeriksaan Kawalan Suku dan ucapan daripada PKP Johari bin Md. Yatim,  selaku Pengarah Sekolah Henry Gurney yang baru.

 

""