| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kedutaan Besar Republik Indonesia Ke Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 16 Oktober  2014, Penjara Simpang Renggam, Johor menerima lawatan daripada Kedutaan Besar  Republik Indonesia. lawatan tersebut adalah bertujuan untuk berjumpa dengan seramai lebih kurang 217 orang  banduan dan tahanan Warga Indonesia  di Penjara Simpang Renggam. Delegasi seramai 11 orang yang diketuai oleh Bapak Hermono, Wakil Duta Besar Republik Indonesia.


Ketibaan Kedutaan Republik Indonesia di sambut Pengarah Penjara TKPj Tan Tian Heng  dan Timbalan Pengarah PKP Mohamad Rosidek Bin Musa bersama - sama beberapa Pegawai Kanan. Satu sesi dialog dan pemberian cek sebanyak RM15.190.00 untuk pulsa telefon kepada penghuni .Sesi dialog juga  diaturkan bagi memberi peluang kepada banduan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan delegasi tersebut. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari antara pihak kedutaan dan semua penghuni warga Indonesia.

 

""