Pada 22 Oktober 2014, bertempat di Kelas Pendidikan Moral, Program Pembangunan Insan di Penjara Taiping telah berlangsung Program Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Taiping. Program ini melibatkan seramai 153 orang banduan beragama Hindu di Penjara Taiping. Majlis tersebut turut dihadiri oleh PKK Shukri Bin Saad, Pengarah Penjara Taiping. Majlis dimulakan dengan ritual keagamaan dan diakhiri dengan jamuan makan Deepavali.
""