Pada 06 November 2014, bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Rengam, Johor telah diadakan Sambutan Hari Penjara Ke 224 peringkat institusi dan disempurnakan oleh TKPj Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Simpang Rengam. Beliau juga telah menyempurnakan pemakaian pingat dan sijil penghargaan kepada 103 orang kakitangan dan anggota. Lawatan kebajikan ke rumah IP Mohd Khairul Azwan Bin Awang Lah, Kopral Penjara 12388 Isman Ismail Bin Md Damiri Dan Juga Kopral Penjara 13399 Fazly Bin Nawi turut disusun sebagai pengisian acara sambutan pada tahun ini.
""