Pada 01 November 2013, Penjara Pusat Miri telah mengadakan sambutan Hari Penjara Ke-224 bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Miri dengan bertemakan "Transformasi Berjaya, Masyarakat Sejahtera". Susun atur majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Bakti Setia serta diteruskan dengan bacaan ikrar jabatan dan bacaan perutusan sambutan Hari Penjara Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang disampaikan oleh Yang Setia PKP Kamarul Alam bin Taib, Pengarah Penjara Pusat Miri. Majlis diteruskan dengan penyampaian pingat, anugerah dan sijil penghargaan kepada 85 orang pegawai. Aktiviti lain yang dijalankan termasuklah acara Gotong Royong Perdana dikawasan perumahan kakitangan. Di samping itu juga, satu lawatan muhibah telah dilakukan ke rumah pesara-pesara di Bahagian Miri pada 10 November 2014.
""