| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-224 Peringkat Institusi Sekolah Henry Gurney Keningau

6 November 2014, Bertempat di Perkarangan Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah telah diadakan majlis sambutan Hari Penjara Ke-224, Peringkat Institusi Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah. Majlis  disempurnakanoleh PKP Johari MdYatim, Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah yang turut menyampaikan pingat dan sijil kepada seramai 50 orang kakitangan. Selesai sahaja majlis penyampaian pingat dan sijil, majlis diteruskan dengan ceramah motivasi oleh EncikBujang bin Hj. Sable dari IPG Keningau.  Selain itu, pelbagai acara telah  dijalankan sempena sambutan Hari Penjara seperti  majlis bacaan Yassin,Tahlil dan Doa Selamat dan  gotong royong. Pertandingan bola sepak di antara pegawai-pegawai dan para anggota lain-lain pangkat turut diadakan pada sebelah petangnya.

 

""