29 April 2014 - Satu majlis secara sederhana telah dianjurkan oleh Pengurusan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Mahkota Kluang untuk meraikan perpisahan Ketua Pembantu Wadar PPP Kem Mahkota Kluang, Mejar Zahiri bin Pathi yang kembali bertugas di unit asal beliau iaitu 61 Rejimen Arteleri Diraja (RAD). Majlis dihadiri bersama PP Hj Abdul Jalil Bin Abd Majid, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor yang berlangsung jam 8.30 pagi dimulakan dengan Pemeriksaan Perbarisan Tentera oleh Mejar Zahiri Bin Pathi, selaku Ketua Pembantu Wadar PPP Kem Mahkota Kluang.
""