| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong Royong "Cegah Aedes, Hindari Denggi"

15 Mac 2014. Bertempat di Rumah Kelab Kakitangan dan Kebajikan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, N. Sembilan, satu program gotong royong berkonsepkan "Cegah Aedes, Hindari Denggi" telah diadakan bagi membenteras tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan kuarters kakitangan. Program gotong royong ini turut diserikan dengan kehadiran 200 pelatih PLKN dari Daerah Jempol. Program dimulakan dengan mesej dari penjara yang telah disampaikan kepada pelatih oleh pegawai dan penghuni bertujuan memberi kesedaran betapa nikmat kebebasan yang dikecapi sekarang perlu mereka hargai dan hayati sepenuhnya. Kehadiran Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Haji Jalaludin bin Haji Alias merangkap ADUN Pertang memeriahkan lagi suasana gotong royong pada hari tersebut. Agensi kerajaan lain yang turut serta bersama dalam program gotong royong ini ialah Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu yang telah mengedar poster berkaitan wabak denggi dan ubat pembunuh jentik-jentik kepada kakitangan.

 

""