Pada 24 & 25 Mei 2014, Penjara Pusat Sibu telah mengadakan program hari keluarga bertempat di Reki Beach, Pantai Belawai. Program ini diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada pegawai serta ahli keluarga meluangkan masa untuk mengikuti aktiviti sukan dan riadah. Program bermula dengan Konvoi bergerak dari perkarangan kuarters Penjara Sibu ke Belawai. Pelbagai aktiviti sukaneka diadakan seperti kaki tiga, bola baling, lari dalam guni, lambung kasih dan banyak lagi. Aktiviti sukaneka telah dirasmikan oleh PP Mohd Jusoh Bin Ismail dan diiringi oleh TPP Tajudin Bin Tungal. Pada sebelah malam pula, aktiviti diteruskan dengan penyampaian hadiah dan BBQ. Selain daripada itu, aktiviti 'Camp Fire' turut diadakan disertakan dengan pesembahan nyayian dan sebagainya.
""