| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan 'Non Formal' Penjara Jerodong Brunei Darusalam Ke Pusat Koreksional Labuan, W.P Labuan

Pada 20 hb Jun 2014 (Jumaat), Pusat Koreksional Labuan telah menerima kunjungan daripada Penjara Jerudong Brunei Darusalam yang diketuai oleh Pegawai Penjara Idris bin Hj Abas selaku Ketua Unit  Latihan Kemahiran (Keselamatan) Vokasional, Penjara Jerudong Brunei Darusalam. Seramai 11 orang anggota terlibat dalam lawatan tidak rasmi itu. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua Institusi penjara di antara Penjara Jerudong Brunei Darusalam dan Pusat Pusat Koreksional Labuan  khususnya Jabatan Penjara Malaysia  serta berkongsi idea dalam mengujudkan program kemahiran kepada banduan melalui sesi taklimat dan aktiviti pameran yang diadakan bertempat di  Bilik Mesyuarat Pusat Koreksional Labuan.  Menyambut ketibaan rombongan PKP Amer @ Amir bin Hj Haron bersama kakitangan Pusat Koreksional Labuan.

 

""