Pada 9 Julai 2014 (Rabu), seramai 35 orang wakil media hadir sempena lawatan media ke Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang yang diatur khusus untuk promosi produk penjara sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang. Media yang terlibat ialah RTM, BERNAMA, TV3, NTV7, TV ALHIJRAH, Radio Nasional fm, Utusan Malaysia, MStar, The Star, The Sun, Oriental Daily dan Malaysia Gazette.
Satu sidang media oleh Ketua Seksyen Vokasional dan Industri, Timbalan Komisioner Dato? Mohd Sakeri Haji Dollah diadakan sebelum media dibawa melawat ke bengkel-bengkel industri di Penjara Wanita Kajang dan Penjara Kajang.
""