26 Januari 2014 - Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor menerima lawatan daripada 27 ahli Kelab Persatuan Kelab Lions Johor yang diketuai oleh Encik Goh Kian Yong, Pengerusi Kelab Lions Muar. Turut hadir bersama ialah ahli Parlimen Bakri Y.B Er Teck Hwa. Lawatan diadakan bertujuan menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada penghuni sempena menyambut ketibaan Perayaan Tahun Baru Cina. Bertepatan dengan konsep 'Penjara Sejahtera' hubungan di antara NGO dan Jabatan Penjara dapat dipereratkan lagi melalui kerjasama ini. Aturcara lawatan diisi dengan sesi taklimat dan perbincangan, jamuan makan, penyampaian sumbangan serta sesi bergambar.
""