16 Disember 2014, Ketua Pengarah Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negara Vietnam, Mr. Nguyen Huu Trang bersama delegasi seramai 6 orang telah mengadakan pertemuan dua hala bagi membincangkan antara lainnya mengenai hal berkaitan penahanan dan kebajikan warga mereka di Penjara Malaysia. Rombongan tersebut turut disertai Duta Besar Viet Nam di Malaysia H.E Pham Cao Phong. YBhg.TKJP Dato' Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) meluangkan masa menerima kunjungan tersebut di Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
""