22 Ogos 2014, Bertempat di Surau Ibu Pejabat Penjara Sarawak satu program sempena menyambut ketibaan jenazah tragedi MH17 telah dilaksanakan. Program dimulai dengan solat sunat jenazah ghaib diikuti dengan bacaan Yasin dan tahlil yang diketuai oleh TPP Hamad Bin Seman berserta dengan kakitangan Ibu Pejabat Penjara Sarawak manakala upacara bertafakur pula disertai oleh semua kakitangan Ibu Pejabat Penjara Sarawak mengikut kepercayaan agama masing-masing.
""