8 April 2014, Satu lawatan oleh peserta kursus "Management And Rehabilitation Of Terrorism Offenders" di bawah kelolaan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) telah diadakan ke Penjara Kamunting melibatkan 27 peserta dari pelbagai agensi kerajaan. Lawatan diketuai oleh En. Mohammad Azhar bin Mazlan, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT). Para peserta kursus diberikan taklimat oleh PKP Mohd Roslen bin Ramli, Pengarah Penjara Kamunting seterusnya lawatan ke Pejabat Rekod Tahanan serta sekitar blok penempatan penghuni.
""