Pada 11 Oktober 2013, Penjara Alor Setar, Kedah telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Penyampaian Sumbangan Anak Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia, Peringkat Zon Utara 1 Tahun 2013 di Hotel Star City, Alor Setar. Majlis yang penuh gemilang ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Y.Bhg Datin Sri Hjh Noraini binti Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia.
Majlis tersebut diadakan untuk meraikan dan mengenang jasa pegawai-pegawai penjara yang telah dan akan bersara pada tahun 2013. Di samping itu, turut diadakan acara penyampaian sumbangan daripada POA dan PERSIAP kepada anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2012. Dalam majlis tersebut, YBhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan YBhg Datin Sri Hjh Noraini bt Hj Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia telah sudi menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada 37 orang pesara dan pasangan serta 84 orang anak-anak cemerlang. Selain itu, adik Nor Fatin Humairah binti Ahmad Zuki dari Penjara Reman Pulau Pinang telah diumumkan sebagai penerima anugerah PERSIAP iaitu Tokoh Pelajar Gemilang bagi kategori peperiksaan UPSR.
Para tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Band 3 D's, Penjara Alor Setar. Turut hadir ialah, KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, TKPj Hj. Nordin bin Hj. Muhamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, TKPj Hj. Ahmad Faudzi bin Hj. Awang, Pengerusi POA, Puan Salma binti Sulaiman, Pengarah Bahagian Kewangan, Pengarah-pengarah institusi penjara dan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Zon Utara 1, Pengerusi-pengerusi PERSIAP institusi penjara Zon Utara 1 dan AJK Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM) Cawangan Negeri Kedah.
""