| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-206 Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Ke-206 pada 1 November 2013 (Jumaat). Aturcara sambutan dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan perhimpunan sempena Hari Penjara. Pada majlis tersebut, PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang membacakan perutusan Komisioner Jeneral Penjara sempena Hari Penjara Ke-206 dan seterusnya upacara penyampaian pingat dan sijil penghargaan kepada 70 orang kakitangan yang terlibat. Selesai perhimpunan, aturcara diteruskan dengan aktiviti gotong royong dan program menderma darah. Pada sebelah petang pula telah diadakan aktiviti sukan dalam dewan dan kejohanan bola tampar. Pada 31 Oktober 2013 (Khamis) juga telah diadakan majlis solat hajat dan bacaan Yasin bertempat di Surau Al-Huda sempena Hari Penjara Ke-206.

 

""